Saturday, July 6, 2013

Sambutan Hari Jadi

Tahun ini kegembiraan baru diperolehi. Saya mendapat ini. 


Tahun lepas juga saya telah menerima jambangan bunga yang dibeli semasa meraikan hari jadi saya. Tetapi kali ini dia berlainan kerana ia berbentuk  surprise. 

Tut tut.. Interkom meja saya berbunyi.
Kak Morni : Come here.
Saya : Okay (seperti biasa tanpa banyak soal)
Berjalan ke meja Kak Morni dan ternampak seorang sedang memegang jambangan coklat. Tanpa terfikir ia adalah untuk diri sendiri terus je beramah mesra dengan pembawa bunga itu.
Saya : Is it for me? 
Pembawa bunga : I think so. 
Saya : Seriously? (Tangan waktu tu dah menggeletar dah. Saja je buat lawak tadi. Tak sangka pula jawapan dia adalah ya. Haha..)
Kak Morni : Siapa yang minat awak ni? Hehe. 
Saya : Mana saya tahu. Siapa bagi? 
Kak Morni : Tak ada nama. Tapi dari Kajang (kalau tak silap) kedai dia.
Saya : Tak tahu. Macam tak ada secret admire kat sana. (Ceh, macam ada kat mana-mana)

Lepas sign dan pegang sendiri bunga tu. Perasaannya adalah SANGAT menarik. Begini rupanya perasaan mendapat bunga secara rahsia. Saya sudah merasainya walaupun tiada boyfriend. Selepas berusaha mencari siapa pemberinya dan kemudian dimarahi Adli kerana sibuk-sibuk nak tahu siapa pemberinya, saya cuma menikmati perasaan itu. Thanks to my dearest friend Ebah dan Ili. Semoga ALLAH membalas jasa kalian dan memudahkan urusan kalian di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH atas perasaan ini. Saya suka. Boleh buat untuk orang lain juga selepas ini. :D

Tengahari itu, kawan-kawan saya yang best ini meraikan hari jadi saya dan Adli kerana pakcik tu punya hari jadi pada 1 Jun. Disekalikanlah seperti tahun-tahun lepas. Cepat betul masa berlalu. Teringat-ingat meraikannya pada tahun lepas di pejabat kami sahaja. Kali ini kami makan di Muhibbah. 

Muka dah habis kontrol cun dah tu. ;p

The cute birthday girl. :D


Saya : Ebah, orang nak tanya. Ebah bagi orang coklat tu ke? 
Ebah : Ha'ah. Kongsi dengan Ili.
Mood : Gumbiraaaaa.....


Nadiah, dah tak payah peace tu boleh tak? 

Ok. Better. :D
  
Malamnya, roomate saya belanja makan di Pizza Hut. Saya tak demand mahal-mahal punya. Johny's, Kenny Rogers atau Pizza pun sudah cukup untuk saya. 


Island supreme.

Selain dari hadiah jambak coklat yang surprisingly sangat best tu, tahun ini juga saya menerima hadiah birthday yang paling mahal in term of monetary. Rantai tangan yang pada mulanya saya hanya pinjam dari Kak Long saya kerana nak merasa bagaimana perasaan memakai gelang tangan. Kalau best bolehlah nak kumpul duit untuk beli nanti. Tetapi, kakak saya terus memberi saya sebagai hadiah hari jadi dengan menjualnya pada separuh harga dan kemudian separuhnya lagi dikira sebagai hadiah hari jadi. Walaupun saya hanya membayar separuh, tetapi nilainya masih hadiah saya yang termahal dari segi duit. Saya tahu kakak saya sayang saya. Tetapi tidak sangka sesayang ini. Hehe. Along, terima kasih untuk kasih sayang ini. Orang doakan semua urusan ko dipermudahkan dan ko tabah menghadapi semua ujian dan kasih sayang ALLAH. I love you so much. <3 i="">

Hadiah kasih sayang. 

Sudah berumur 28 tahun. Saya bersyukur dengan semua nikmat dan kasih sayang yang ALLAH berikan kepada saya. Saya berdoa diberikan kekuatan iman, ketenangan hati, keberkatan waktu, kelebihan untuk lebih memberi, menjadi hamba ALLAH yang lebih bermanfaat dan sentiasa belajar dan berusaha memperbaiki diri.  

Terima kasih untuk semua ucapan, hadiah dan kasih sayang daripada semua orang. Hanya ALLAH yang akan membalas jasa kalian. Semoga kita sentiasa di bawah redha dan kasih sayang ALLAH.  Terima kasih juga buat mak dan ayah yang selama ini menjaga dan membesarkan saya. Sesungguhnya saya benar-benar bersyukur dikurniakan keluarga dan rakan-rakan disekeliling saya. Semoga persahabatan dan hubungan kita ini berakhir di syurga.     

Love..

No comments: